- Tajuk
- JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT MEMBINCANGKAN DAN MELULUSKAN PERMOHONAN LESEN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA YANG BARU BIL.01/2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JPVS Wilayah Kudat.
- Lokasi
- Bilik Mesyuarat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kota Belud
- Diskripsi
- Tarikh: 19 November 2025
Masa: 02.00 Petang - 04.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kota Belud
Pengerusi: Dr. Mischellena S. Michael.
Pen. Pengarah Wilayah
JPVS Wilayah Kudat.
Kehadiran: Wakil Jabatan Negeri & Persekutuan, MUIS & PBT.
Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp, PJ RLSK
Ringkasan Mesyuarat:
1?? Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan keperluan ulasan teknikal dari Agensi/Jabatan berkaitan bagi permohonan menjalankan/membina premis penyembelihan ayam di Kota Belud.
2?? Beberapa surat ulasan telah diterima oleh JPVS antarannya ulasan dari JPS, MUIS, JAB. KESIHATAN & JAS. Mesyuarat dimaklumkan masih menunggu ulasan lain seperti JPBW & PPHT.
3?? Wakil JAS memaklumkan ulasan JAS telah dikeluarkan rujukan JAS.SHQ.100-6/3/8 Jld.3(14) bertarikh 15 Ogos 2025.
4?? Wakil JAS telah memberi penerangan terperinci dalam mesyuarat akan keperluan JAS berdasarkan ulasan berkenaan iaitu antaranya penempatan 'zoning', keperluan 'buffer zone', sistem rawatan efluen, kawalan pencemaran udara, BT dan lain-lain lagi.
5?? Mesyuarat mengambil maklum akan keperluan ini dan memutuskan akan mengadakan mesyuarat susulan setelah pihak pemaju mengambil tindakan mematuhi perkara-perkara ini.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
UNIT EIA & IP