- Tajuk
- PERHIMPUNAN BULANAN JAS SABAH BIL. 03/2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS SABAH
- Lokasi
- JAS SABAH
- Diskripsi
- "PERHIMPUNAN BULANAN JAS SABAH BIL. 03/2025”
Tarikh: 14/11/2025 (Jumaat)
Masa: 09.00 Pagi - 10.25 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Sabah.
Pengerusi: Pengarah Pn. Norashidah Bt. Mohd. Gazali
Pengacara Majlis: PP Pn. Effa
Kehadiran (Secara Fizikal/Online:) Semua Pegawai JAS Sabah termasuk di Cawangan.
*Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku & Lagu Alam Gemilang.
Lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam kemudian dilaksanakan dengan dipimpin oleh En.Richard Daud.
Seterusnya bacaan doa oleh En. Firdaus bagi memberkati perhimpunan Bil.3 tahun 2025.
Ringkasan Majlis Perhimpunan:
1?? Perhimpunan diteruskan dengan tayangan video montaj corat coret 2025 dimainkan bagi menggamit kenangan pegawai-pegawai JAS dan sebagai pemangkin dalam melaksanakan tugas.
2?? Amanat Pengerusi - Pn. Pengarah kemudian telah merasmikan perhimpunan dan menyampaikan amanat berharga yang antara lainnya menyentuh:-
(i)Ucapan selamat datang kepada pegawai baru dan tahniah kepada pegawai yang dapat kenaikan pangkat KUP.
(ii)Ucapan terima kasih pegawai yang telah membuat video montaj yang mencerap semua aktiviti JAS Sabah sepanjang tahun ini.
(iii)Pn. Pengarah mencadangkan untuk mengadakan Mesyuarat Retreat (Ketua Ketua Unit/Peg. Pengurusan berkaitan) pada bulan depan bagi membincangkan mengenai penambahbaikan kerja dan pusingan kerja/pertukaran unit di JAS KK pada tahun depan.
(iv)Pn. Pengarah juga menyentuh mengenai kehadiran kursus pegawai yang tidak cukup 5 hari/tiada daftar kehadiran kursus. Beliau mohon kehadiran kursus di 'key-in' dalam sistem SLB bagi mengelak dikenakan tindakan surat tunjuk sebab.
(v)Beliau juga memberi peringatan agar tuntutan akhir T&T dihantar sebelum pertengahan bulan Disember 2025. Selain daripada itu, makluman tuntutan OT yang melebihi 1/3 gaji yang boleh diluluskan atau perlu ditukar kepada cuti dan waran (tiket kapal terbang) dibenarkan sebulan sekali. Jika ada keperluan pegawai perlu beli sendiri. (*boleh claim).
(vi)Berkenaan dengan pengurusan kenderaan Jabatan, beliau maklum penggunaan akan ditentukan semula mengikut Unit bagi memudahkan pemantauan dan kerja-kerja:-
-Merekod Buku Log serta kemaskini setiap bulan.
-Penyelenggaraan/maintenance, servis minyak dlln.
(vii)Beliau sempat menyentuh mengenai amalan mulia iaitu bacaan Yasin diteruskan setiap hari Jumaat atau 2 minggu sekali. Tabung Yasin boleh diperkemas & mereka yang ingin menderma amat dialu-alukan.
(viii)Beliau juga sudi mencadangkan agar baju koprat untuk semua pegawai dibuat awal tahun untuk kegunaan pelbagai program dalam dan luar Jabatan.
3??Pengumuman Bahagian Operasi (TP Yaras)
(i)Mohon KPI diambil perhatian dan diusahakan supaya ianya boleh dicapai.
(ii)Penggunaan kenderaan perlu diambil perhatian seperti saranan Pn. Pengarah.
(iii)Retreat Bahagian Operasi akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
4??Pengumuman Bahagian Pembangunan (KPPK Amir)
(i)Beliau memaklumkan sepintas lalu pemenang-pemenang kategori sekolah Anugerah SERASI, pemenang Guru-Guru, pemenang Anugerah Sekolah SDG dan lain-lain.
(ii)Majlis penganugerahan SERASI telah diadakan pada 27/10/2025 di Pasific Sutera Habour.
(iii)Pemakluman Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 22/11/2025.
5??Pengumuman Bahagian Pentadbiran
(i)Mohon pegawai-pegawai menyemak semula sistem MyPerformance kerana ada status yang masih belum selesai.
6??Pengumuman Pengerusi Kelab JASSabah (Tn. KPP Aliudin)
(i)Baju T-Shirt, baju koprat & baju P&P sedang diusahakan (peringkat urusan dengan pembekal).
(ii)Makluman program cabaran rafting akan diadakan pada 20/11/2025 di Kiulu. Biro publisiti telah sediakan T-Shirt untuk semua kakitangan.
(iii)Seminar 'hands-on' Buangan Terjadual & eSWIS V2.0 akan diadakan pada 10/12/2025 dan JAS Cawangan Sipitang ditawarkan jadi tuan rumah.
7??Sesi terakhir perhimpunan dihiasi dengan penyampaian hadiah Hari Jadi yang disempurnakan oleh Pn. Pengarah Norashidah Bt. Mohd. Gazali sambil disaksikan oleh Pengerusi Kelab Tn. Aliudin. Hadiah Hari Jadi adalah bagi yang lahir dari Bulan Mei hingga Disember. Hadiah Hari Jadi juga telah diberikan kepada yang dikasihi Pn. Pengarah sempena Hari Jadi beliau dan disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Tn. Aliudin.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.