Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KURSUS ASAS KAWAD ZON SABAH & W.P. LABUAN 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS HQ
- Lokasi
- KUNDASANG SABAH
- Diskripsi
- KURSUS ASAS KAWAD ZON SABAH & W.P. LABUAN 2025
Tarikh: 2 - 7 November 2025 (Ahad - Jumaat)
Masa: 6.30 pagi - 11.00 malam
Tempat: Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, Ranau
Anjuran: Institut Latihan Alam Sekitar Malaysia (EIMAS)
Bilangan Peserta: 32 orang
(30 orang staf JAS Sabah dan 2 orang staf JAS W.P. Labuan)
Objektif Kursus:
1. Meningkatkan disiplin, semangat kenegaraan dan nilai jati diri dalam kalangan peserta.
2. Memberi pendedahan berkenaan etika, protokol dan pemakaian pakaian seragam rasmi jabatan.
3. Memantapkan kemahiran asas kawad kepada pegawai teknikal jabatan.
4. Mewujudkan semangat berpasukan dan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah serta senaman pagi.
Aktiviti Yang Telah Dijalankan Sepanjang Kursus:
1. Ceramah Kenegaraan disampaikan oleh Pegawai Akademi Kenegaraan Malaysia, Tn. Sharul.
2. Protokol Pakaian Seragam disampaikan oleh KPP Dr. Ezahtulsyahreen (Ibu Pejabat JAS)
3. Taklimat Persediaan & Protokol Pemakaian Uniform disampaikan oleh Tuan RSM Khaidir (ATM)
4. Taklimat Pusat Korporat disampaikan oleh KPP Kamilah (EiMAS)
5. Riadah / Senaman Pagi dilaksanakan setiap pagi di bawah kendalian pegawai ATM.
6. Latihan & Arahan Semasa Kawad di kendalikan oleh pegawai ATM (Tn. RSM Khaidir dan Tn. Esham).
Ulasan dan Cadangan:
1. Program telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Para peserta menunjukkan komitmen tinggi sepanjang latihan serta memberi maklum balas positif terhadap penceramah dan fasilitator.
2. Kerjasama antara peserta dari JAS Sabah dan W.P. Labuan juga telah mewujudkan semangat kekitaan antara kedua-dua wilayah.
3. Memantapkan kemahiran asas kawad, termasuk latihan kawad kaki, arahan kawad serta etika disiplin semasa latihan.
Disediakan oleh:
PPKT Mohd Ahmadi