Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Kerja Lapangan Akademik One Health Field Epidemiology UMS bersama JAS Sabah
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS SABAH
- Lokasi
- SUNGAI MOYOG, PENAMPANG
- Diskripsi
- 6 November 2025, Sungai Moyog - Fakulti Perubatan, UMS telah memohon kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah sebagai memenuhi keperluan kursus di bawah modul One Health Field Epidemiology iaitu fokus kepada kualiti air sungai di dalam konteks alam sekitar dan kesihatan.
Pasukan JAS Sabah yang terdiri daripada Unit Pengawasan (PKK CHN & PJ Holly), Unit Zon 1 (PP Joannes & PPK Aidil) serta Norman telah melaksanakan taklimat dan sesi demo program pengawasan kualiti air sungai.
Konsesi kita iaitu PSTW juga telah membantu menyampaikan taklimat berkaitan pengawasan stesen kualiti air automatik.
Sesi pembelajaran kepada pihak UMS ini juga menyumbang kepada KPI CEPA JAS Sabah dan juga KPI penggunaan dron.
Pihak UMS amat menghargai kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh JAS Sabah