- Tajuk
- MESYUARAT EIATRC BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI “PROPOSED INTEGRATED CLINKER AND CEMENT PLANT WITHIN LA 20-22250954 AT PINANGAH-SAPULUT, DISTRICT OF TONGOD, SABAH”
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS HQ
- Lokasi
- Aplikasi Google Meet
- Diskripsi
- MESYUARAT EIATRC BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI “PROPOSED INTEGRATED CLINKER AND CEMENT PLANT WITHIN LA 20-22250954 AT PINANGAH-SAPULUT, DISTRICT OF TONGOD, SABAH”
Tarikh: 4 Nov 2025 (Selasa)
Masa: 9.30 Pagi - 12.30 Tgh hari
Tempat: Aplikasi Google Meet
Pengerusi: YBrs. Tuan Norazizi bin Adinan (Pengarah Bahagian Penilaian, JAS HQ)
Kehadiran JAS Sabah: KPP(K) AHM & PP(K) ZFS
Pasukan Lawatan Tapak pada 22 Okt 2025 : KPP(K) AHM, PP(K) ZFS, PPKT MP, PPKK Kamarulzaman, PJ Robert, PJ Zulmi, PPK Anis Maheera, PMD Karim
Agenda Mesyuarat:
Kata Alu-aluan Pengerusi;
Taklimat Laporan EIA oleh Perunding Alam Sekitar
Penggerak Projek: Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd
Jururunding EIA: Chemsain (SB) Sdn. Bhd.
Perbincangan
Ringkasan & Laporan Mesyuarat:
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA.
Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA (JADUAL KEDUA) yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek dan pihak jururunding EIA bagi cadangan aktiviti pembangunan loji bersepadu pengeluaran klinker dan simen dengan keluasan tanah sebanyak 200 ekar.
Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa lawatan tapak telah dijalankan pada 22 Oktober 2025 yang diketuai oleh KPPK AHM dan diwakili oleh Unit EIA&IP serta JAS Cawangan Sandakan.
Wakil JAS Sabah juga memberi ulasan tambahan mengenai keperluan impak kumulatif yang sebolehnya dimasukkan dalam Laporan EIA/EMP yang mana ada kebergantungan dengan projek ini iaitu transmission line, sandstone quarry, coal mining dan limestone quarry.
Pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA diminta untuk mengemaskini Laporan EIA dengan mengambilkira kesemua ulasan Jabatan dan agensi yang diutarakan semasa mesyuarat.
Sekian untuk makluman.
Unit EIA & Input Pembangunan