PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

POME TREATMENT WORKSHOP 2025 PADA 14 HINGGA 15 OKTOBER 2025 BERTEMPAT DI GOLDEN HOPE ACADEMY (GHA), PULAU CAREY ANJURAN SD GUTHRIE BERHAD

suresh 28/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
POME TREATMENT WORKSHOP 2025 PADA 14 HINGGA 15 OKTOBER 2025 BERTEMPAT DI GOLDEN HOPE ACADEMY (GHA), PULAU CAREY ANJURAN SD GUTHRIE BERHAD
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Penguatkuasa
Lokasi
Pulau Carey Selangor
Diskripsi
Pihak SD Guthrie Berhad telah menganjurkan POME Treatment Workshop 2025 pada 14 hingga 15 Oktober 2025 bertempat di Golden Hope Academy (GHA), Pulau Carey, Selangor. KPP Mehrani binti Saharudin dari Seksyen Audit Penguatkuasaaan dan Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah, Bahagian Penguatkuasa telah dijemput pada 14 Oktober 2025 bagi pembentangan bertajuk Effluent Discharge Compliance and Latest Regulation for Palm Oil Mill. Bengkel ini telah dihadiri oleh pengurus-pengurus kilang kelapa sawit dan pegawai-pegawai teknikal dari Ibu Pejabat SD Guthrie. Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman dalam kalangan pengurus kilang mengenai keperluan pematuhan pelepasan efluen serta mendedahkan peserta kepada penyelesaian yang inovatif dan praktikal dalam rawatan efluen, integrasi biogas dan pengurusan sisa pepejal/enap cemar. Selain itu bengkel ini juga merupakan platform perbincangan antara pihak JAS dengan pihak industri mengenai kaedah terbaik kawalan pencemaran bagi industri kilang kelapa sawit.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan