Oleh maizah · 28/11/2025 · 0 paparan
MAJLIS PERASMIAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK | 23 NOVEMBER 2025 Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2025 peringkat Negeri Perak berlangsung di Kompleks UMNO, Bagan Datuk. Majlis telah disempurnakan perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi diiringi YB Tuan Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau mewakili YAB Dato' Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Puan Wasanthee Sinnasamy, ADUN Hutan Melintang, YB Dato' Shahrul Zaman Yahya, ADUN Rungkup dan YBrs. Dato' Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Dalam ucapan perasmian beliau percaya Perak mampu menjadi model negeri hijau Malaysia iaitu bukan sekadar "Perak Sejahtera 2030" di atas kertas, tetapi perak yang sejahtera di hati rakyatnya dan lestari pada alamnya. Majlis diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Program Bual Bicara 5R, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Doodle Art, Pameran-pameran agensi kerajaan dan swasta seperti EV Car, Jualan Rahmah, Jualan vendor makanan dan Pengumpulan sisa elektrik & elektronik E-waste. Sambutan kali ini adalah sebagai satu platform mengiktiraf usaha-usaha semua pihak dengan penyampaian Anugerah Lestari kepada organisasi yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap agenda kelestarian. Selain itu, JAS Perak bertuah dan berbesar hati dengan kehadiran YB Dato' Ahmad Azhar bin Othman, (Dato' Awie) sudi menerima watikah pelantikan sebagai Duta mempromosikan tema "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" dan diserikan dengan nyanyian lagu bertajuk "Terima Kasih". JAS Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Rakan Kerjasama yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah dan pemenang pertandingan. Semoga kerjasama dan sokongan dari semua pihak terus terjalin dalam memastikan pemeliharaan dan kesejahteraan alam sekitar kini dan akan datang. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_november2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup