PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

DIDENDA RM35,000 AKIBAT MELANGGAR SYARAT LESEN PENGILANGAN MINYAK KELAPA SAWIT

maizah 28/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
DIDENDA RM35,000 AKIBAT MELANGGAR SYARAT LESEN PENGILANGAN MINYAK KELAPA SAWIT
Tahun
2025
Organisasi
jas perak
Lokasi
ipoh
Diskripsi
DIDENDA RM35,000 AKIBAT MELANGGAR SYARAT LESEN PENGILANGAN MINYAK KELAPA SAWIT 12 Nov 2025 – IPOH, PERAk , Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak hari ini telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM35,000.00 ke atas sebuah syarikat pengilangan minyak kelapa sawit mentah dikenali sebagai Kilang Minyak Sawit Tanjung Tualang (1997) Sdn. Bhd. kerana telah melepaskan efluen ke dalam alur air melebihi had yang telah ditetapkan. Syarikat tersebut telah melanggar peruntukan seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekelilling 1974. Pengurus Kilang telah telah hadir ke mahkamah dengan diwakili peguamnya dan telah mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Hakim Pn. Ainul Shahrin Binti Mohamad telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap OKS dan didenda sebanyak RM35,000.00 . Adalah diingatkan bahawa, mana-mana orang yang melanggar syarat lesen yang ditetapkan dan dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM 25 000 dan tiak boleh melebihi RM 250,000 atau penjara tidak melehihi 5 tahun atau kedua-duanya. Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan