Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT JAS PERAK DENGAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- jas perak
- Lokasi
- ipoh
- Diskripsi
- MESYUARAT KERJASAMA RAKAN STRATEGIK BAGI PENGANJURAN PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA(HASN) 2025
27 Oktober 2025, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengadakan Mesyuarat Kerjasama Rakan Strategik bagi Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara(HASN) 2025 Peringkat Negeri Perak.
Mesyuarat kerjasama rakan strategik ini adalah dengan kerjasama syarikat Malakoff Corporation Berhad, QL Foods Sdn Bhd dan Masterjaya Environment Sdn Bhd yang bersedia untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan program sempena Hari Alam Sekitar Negara ( HASN) dan Majlis Sambutan HASN Peringkat Negeri Perak 2025 ini.
HASN 2025 bakal berlangsung di Kompleks UMNO Bagan Datuk pada tarikh 23 November 2025 yang akan disempurnakan perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi.
Dengan kerjasama Rakan Strategik ini HASN 2025 diyakini akan menjadi satu platform alam sekitar yang berjaya. Semoga usaha berterusan kerajaan dalam menerapkan dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dikalangan masyarakat akan terus meluas.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_oktober2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari