- Tajuk
- MAJLIS PENUTUPAN MINGGU KESELAMATAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR 2025 ANJURAN HUME CEMENT SDN BHD
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- hume cement
- Lokasi
- gopeng
- Diskripsi
- MAJLIS PENUTUPAN MINGGU KESELAMATAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR 2025 ANJURAN HUME CEMENT SDN BHD
25 Oktober 2025, Gopeng- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak menerima jemputan sebagai pempamer Majlis Perasmian Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar 2025 anjuran Hume Cement yang diserikan dengan sambutan Hari Keluarga bertemakan “Be Safe for Our Family.”
Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Basharuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Operasi JKKP Perak, dan turut dihadiri oleh Mr. William Tan Kok Siang, Pengarah Urusan Hume Cement Sdn. Bhd., serta Mr. Pramod Kumar, Ketua Operasi Kilang Hume Cement Sdn. Bhd.
Pameran alam sekitar yang diadakan adalah untuk memberi kesedaran berkaitan Kempen Ewaste dan Kempen Larangan Pembakaran Terbuka membuka satu platform kepada warga kerja dan keluarga untuk mendapatkan maklumat serta nasihat berkaitan Jabatan secara interaktif dan mendidik.
JAS Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Hume Cement Sdn Bhd dalam usaha mewujudkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar di kalangan warga kerja.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_oktober2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari