PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PEMBENTANGAN PENGENALAN SISTEM RAWATAN EFFLUEN SAWIT OLEH APEX ENVIRO

suresh 28/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMBENTANGAN PENGENALAN SISTEM RAWATAN EFFLUEN SAWIT OLEH APEX ENVIRO
Tahun
2025
Organisasi
Bahagian Penguatkuasa
Lokasi
Putrajaya
Diskripsi
Pihak Apex Enviromental Industries (M) Sdn Bhd telah hadir ke Bahagian penguatkuasa pada 30 Mei 2025 bagi membentangkan mengenai teknologi sistem rawatan air sisa yang dinamakan Advanced Hybrid Electro-Chemical POME. Sistem ini merupakan teknologi hybrid untuk merawat air sisa terutama Palm Oil Mill Effluent (POME) menggunakan proses iaitu Electro Coagulation (EC) dan Electro Oxidation (EOx). Wakil dari pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga turut hadir semasa sesi ini dan terlibat sama dalam kajian keberkesanan sistem rawatan yang dicadangkan. Kajian di lapangan melalui pilot plant telah dijalankan di Kilang Kelapa Sawit Havys, Bera dengan kapasiti POME 10,000 liter/hari. Data kajian dianalisis oleh pihak MPOB bagi mencapai objektif untuk mematuhi had pelepasan yang telah ditetapkan Jabatan Alam Sekitar. Pihak Apex Enviromental Industries (M) Sdn Bhd akan meneruskan kajian di fasa yang seterusnya dan akan terus berhubung dengan Jabatan Alam Sekitar berkenaan hasil kajian bagi sistem rawatan ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan