Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMBENTANGAN DARIPADA MINSAWI INDUSTRIES (KUALA KANGSAR) SDN. BHD. BERKENAAN CADANGAN MEMBANGUNKAN PILOT PLANT EMPTY FRUIT BUNCH MANAGEMENT SYSTEM
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Bahagian Penguatkuasa
- Lokasi
- Putrajaya
- Diskripsi
- Premis Minsawi Industries (Kuala Kangsar) Sdn. Bhd., yang merupakan kilang kelapa sawit bersama pihak konsultan, Yee Fong Marine Sdn. Bhd. telah hadir ke Bahagian Penguatkuasa, JAS Ibu Pejabat pada 12 Jun 2025 bagi membentangkan mengenai cadangan untuk menguruskan tandan kosong kelapa sawit yang dihasilkan di premis mereka.
Proses yang dicadangkan adalah dengan menggunakan kaedah pirolisis bagi pengurusan tandan kosong untuk dijadikan bio-char. Cadangan tersebut perlu dikemukakan bersama-sama dengan perancangan yang teliti dari segi proses, langkah kawalan pencemaran serta maklumat sisa yang dihasilkan bagi memastikan keberkesanan sistem tersebut dalam menyelesaikan masalah pengurusan tandan kosong kelapa sawit. Jabatan Alam Sekitar amat mengalu-alukan penggunaan teknologi terkini dalam menyelesaikan isu pencemaran alam sekitar selaras dengan kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk mencegah, menghapus dan mengawal pencemaran