- Tajuk
- BENGKEL PENYELARASAN PELAKSANAAN AUDIT DI JAS DAN AUDIT DI BAWAH SEKSYEN 33A, AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Bahagian Penguatkuasa
- Lokasi
- Eimas
- Diskripsi
- Seksyen Audit Penguatkuasaan dan Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah, Bahagian Penguatkuasa telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Audit di JAS dan Audit di bawah Seksyen 33A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada 27 hingga 29 Oktober 2025 bertempat di Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS). Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat serta Jabatan Alam Sekitar Negeri.
Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan mengenai halatuju pelaksanaan audit di Jabatan Alam Sekitar termasuk audit di bawah Seksyen 33A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Di samping itu, bengkel ini juga dilaksanakan bagi tujuan penyelarasan pelaksanaan audit di antara Bahagian-Bahagian di Ibu Pejabat dengan penglibatan JAS Negeri bagi memastikan audit yang dilaksanakan lebih komprehensif, menyeluruh, teratur dan berkesan.
Hasil perbincangan dan pandangan oleh peserta sepanjang bengkel ini akan dijadikan asas penambahbaikan kepada pelaksanaan audit sedia ada di Jabatan Alam Sekitar. Cadangan tersebut akan dikemukakan kepada pihak pengurusan Jabatan bagi pertimbangan dan ketetapan lanjut, khususnya dalam memperkukuh halatuju serta memperkemas pendekatan baharu pelaksanaan audit agar selaras dengan kehendak perundangan dan matlamat penguatkuasaan yang lebih berkesan.