PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

RONDAAN LAUT DI PERAIRAN PENGERANG

nasir.ibrahim 25/11/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN LAUT DI PERAIRAN PENGERANG
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
PENGERANG
Diskripsi
25 NOVEMBER 2025, PENGERANG - Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang dengan kerjasama Polis Bantuan Pengerang Marine Operations Sdn Bhd telah menjalankan rondaan laut di sekitar Perairan Pengerang . Tujuan rondaan ini dijalankan adalah bagi mengesan dan mencegah sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak selain mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui. Pemantauan difokuskan di kawasan berpotensi berlaku pencemaran laut terutama daripada aktiviti perkapalan. Pencemaran laut boleh menyebabkan kerosakan habitat hidupan laut, bahkan ianya juga boleh menjejaskan industri berkaitan seperti pelancongan dan perikanan dan seterusnya boleh mewujudkan ketidakselesaan penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan laut dan pantai. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarang pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.