Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS GEMPUR BIL. 6/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- MUAR
- Diskripsi
- OKTOBER 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Gempur Bil. 6/2025 bagi kawasan seliaan Cawangan Muar bagi premis yang beroperasi di Daerah Muar dan Tangkak.
Ops Gempur ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009. Selain itu, pematuhan kepada PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 juga diperiksa.
Sebanyak 18 buah premis disyorkan tawaran sebanyak 83 kompaun bagi pelbagai kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan 17 premis dikenakan tindakan Notis Arahan dibawah Seksyen 31 dan 37, AKAS 1974. Sebuah premis telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), AKAS 1974 di atas kesalahan serius yang dilakukan oleh premis tersebut.