- Tajuk
- PENGANJURAN PROGRAM PAMERAN KERJAYA SEMPENA KARNIVAL JUBLI PERAK DAN HARI KEUSAHAWANAN.
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- SMK Pengkalan Lebai Man
- Lokasi
- SMK Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, Kedah.
- Diskripsi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Pameran Kerjaya Sempena Karnival Jubli Perak di SMK Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, Kedah.
Program tersebut telah dianjurkan oleh SMK Pengkalan Lebai Man dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan. Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Bau Wong a/l Bau Ek, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Kedah.
Beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti jualan makanan, tarian tradisional, mewarna, menembak serta lain-lain lagi.
Program telah dimeriahkan oleh para pelajar dan penduduk setempat yang hadir menjayakan program pameran kerjaya dan hari keusahawanan tersebut.
ADUN Sidam turut bersama-sama di bawa ke reruai pameran JAS. Beberapa contoh bahan buangan terjadual dipamerkan untuk menarik minat golongan muda dan komuniti setempat untuk berkunjung ke ruang pameran JAS.
Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada para pelajar serta masyarakat khususnya di negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan hasrat kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Lestari Bersama".