PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JAS WPKL) BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN JASPT, JPJ DAN AADK

sufirman 25/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JAS WPKL) BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN JASPT, JPJ DAN AADK
Tahun
2025
Lokasi
KUALA LUMPUR

Penerangan

09 OKTOBER 2025, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur. Seramai tujuh (7) orang pegawai daripada JAS WPKL terlibat dengan Operasi Penguatkuasaan yang dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Melalui operasi ini, JAS WPKL telah menjalankan sebanyak tujuh puluh lima (75) ujian visual, tiga belas (13) ujian asap hitam kenderaan dan mengeluarkan tiga (3) Notis Arahan serta tiga (3) kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 di bawah Seksyen 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) . Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan