Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT NEGERI TAHUN 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- SK Desa Pandan
- Lokasi
- KUALA LUMPUR
- Diskripsi
- 8 OKTOBER 2025, KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput bagi menyertai Program Hari Teknologi Hijau Peringkat Negeri Tahun 2025 yang berlangsung di SK Desa Pandan, bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025.
JAS WPKL juga terlibat dalam membuka pameran dan menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan alam sekitar seperti puzzle, silang kata, permainan interaktif dan penggunaan VR bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan kelestarian alam.
Puan Hajah Zuraini Binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JAS WPKL turut hadir bagi menyempurnakan ucapan perasmian penutupan program serta menyertai gimik perasmian, yang menekankan peranan Teknologi Hijau dalam usaha pemeliharaan alam sekitar jangka panjang.
JAS WPKL komited memupuk kesedaran dan amalan lestari dalam kalangan warga sekolah melalui pendidikan dan kerjasama komuniti, bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif. Terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama menjayakan program ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#jaswpkualalumpur
#alamsekitartanggungjawabbersama