- Tajuk
- PEMERIKSAAN KENDERAAN MOTOSIKAL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JAS WPKL) BERSAMA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR (JSPT)
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Lokasi
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Diskripsi
- PEMERIKSAAN KENDERAAN MOTOSIKAL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JAS WPKL) BERSAMA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR (JSPT)
20 November 2025, WP Kuala Lumpur – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur telah menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan motosikal yang dijalankan di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, WPKL
Seramai lapan (8) orang pegawai JASWPKL telah terlibat dalam operasi ini yang dilaksanakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024).
Sepanjang pemeriksaan dijalankan, sebanyak sepuluh (10) ujian visual dan sepuluh (10) ujian bunyi bising telah dilaksanakan. Sebanyak sembilan (9) Notis Arahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024), manakala 9 kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024).
Orang ramai sentiasa dinasihatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) serta peraturan-peraturan di bawahnya demi memastikan kualiti alam sekitar sentiasa terpelihara.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama