PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KURSUS CSTP MASTER TRAINER – TRAINING IN FLAMMABLE REFRIGERANTS

sofea 25/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS CSTP MASTER TRAINER – TRAINING IN FLAMMABLE REFRIGERANTS
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
SELANGOR

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan Kursus CSTP Master Trainer – Training in Flammable Refrigerants yang berlangsung dari 29 Julai 2025 hingga 1 Ogos 2025 bertempat di Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute (UniKL MFI), Bangi, yang juga sebagai Centre of Excellence (COE) dalam sektor penyejukbekuan, selaku penyedia latihan yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menjayakan kursus ini. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Farhan Mohamad Hashim, Penolong Pengarah Kanan yang mewakili Pengarah Bahagian Udara, Ibupejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya, YBrs. Puan Nor Aziah binti Jaafar. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan kecekapan praktikal Tenaga Pengajar dalam mengendalikan bahan penyejuk dan meningkatkan kapasiti Tenaga Pengajar dalam menyampaikan ilmu berkaitan teknik pengesanan kebocoran dan pembilasan (flushing) yang berkesan sebagai elemen penting dalam penyelenggaraan sistem penyejukan. Sepanjang tempoh latihan, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran selaras dengan keperluan semasa industri. Ini merangkumi semua kecekapan kritikal, termasuk pengendalian bahan penyejuk yang selamat, ujian kebocoran dan prosedur pembilasan (flushing) sistem yang berkesan. Para peserta juga diingatkan, di bawah pelaksanaan Pengurusan Penghapusan HCFC Peringkat III, Jabatan Alam Sekitar akan menguatkuasakan larangan terhadap pengimportan HCFC-141b mulai 1 Januari 2026 sebagai bahan pelarut dalam aktiviti penyelenggaraan untuk pembilasan (flushing) sistem penyejukbekuan, khususnya sistem yang berkapasiti besar. Kursus pada kali ini, selain daripada latihan mengenai alternatif refrigeran yang mudah terbakar, latihan teknikal mengenai penggunaan alternatif kepada flushing kits juga diadakan. Sebagai bahan alternatif terhadap bahan penyejuk HCFC, kebanyakan bahan alternatif sedia ada adalah mudah terbakar (flammable) dan toksik. Justeru, program latihan ini sangat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Tenaga Pengajar dalam amalan pengurusan Flammable Refrigerants yang selamat. Moga segala ilmu dan topik yang dikongsikan dalam program ini mampu menjadi nilai tambah yang besar dalam menyokong pelaksanaan CSTP secara menyeluruh di samping meningkatkan keupayaan Tenaga Pengajar dalam membimbing juruteknik servis RAC dan para pelajar dalam bidang Refrigeration & Air-Conditioning (RAC), serta memastikan pengetahuan ini dapat disampaikan secara menyeluruh dan konsisten. Kursus ini dengan jayanya telah disertai oleh seramai 40 orang tenaga pengajar dari pelbagai institusi latihan kemahiran teknikal di seluruh negara.