PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PROGRAM LATIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL PERSAMPELAN BAHAN PEMUSNAH OZON (BPO) BAGI PEGAWAI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) DAN JABATAN KIMIA MALAYSIA (KIMIA MALAYSIA)

sofea 25/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM LATIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL PERSAMPELAN BAHAN PEMUSNAH OZON (BPO) BAGI PEGAWAI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) DAN JABATAN KIMIA MALAYSIA (KIMIA MALAYSIA)
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
KUALA LUMPUR

Penerangan

Program Latihan Teori dan Praktikal Persampelan Bahan Pemusnah Ozon (BPO) Bagi Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia ) anjuran Sekysen Perlindungan Ozon, Bahagian Udara, Ibu Pejabat JAS telah diadakan di Hotel Wyndham Grand, Bangsar, Kuala Lumpur selama tiga (3) hari bermula pada 24-26 Jun 2025. Seramai 15 orang pegawai JAS dan 10 orang pegawai KIMIA Malaysia telah hadir ke program latihan ini untuk mempelajari protokol persampelan bahan BPO dan analisis persampelan bahan BPO di samping untuk membangunkan kapasiti di kalangan pegawai penguatkuasa JAS dan pegawai KIMIA Malaysia. Program Latihan ini telah dikendalikan oleh Syarikat Texcarrier Industries Sdn.Bhd. dan Agilent Technologies Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai tenaga pengajar dan merupakan tenaga pakar dalam bidang persampelan dan analisa BPO. Sepanjang program ini, para peserta berpeluang untuk membuat latihan amali bagi persampelan dan pengurusan BPO serta satu lawatan ke Jabatan Kimia Malaysia juga telah diadakan bagi mempelajari kaedah dan prosedur analisa sampel BPO dengan menggunakan peralatan Gas Chromatography.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan