PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI STATIK BERSEPADU "OPS GERAK" KENDERAAN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR

normuhamad 25/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI STATIK BERSEPADU "OPS GERAK" KENDERAAN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR
Tahun
2025
Organisasi
PDRM
Lokasi
KLANG

Penerangan

13 November 2025, Klang – Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” bersama Cawangan Peronda Lebuh Raya Sektor A1, Zon Tengah A, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Peronda Lebuh Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebanyak 518 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, 24 buah kenderaan telah ditahan untuk saringan secara visual dan dua (2) buah kenderaan telah ditahan untuk pengujian asap menggunakan smoke meter. Kedua-dua buah kenderaan diesel dikenakan tindakan Notis Arahan pembaikan kenderaan untuk pemeriksaan semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Orang awam adalah diingatkan untuk sentiasa memastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik bagi mengelakkan ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan dibawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan