Penerangan
12 November 2025, Rembau - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat ke Nestle Manufacturing (M) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Chembong, Rembau. Kunjungan ini diketuai oleh Tuan Pengarah JAS Negeri Sembilan, Tuan Abdul Aziz bin Parmin, bersama Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Ketua-ketua unit dan pegawai-pegawai JAS. Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala dan mempertingkatkan kerjasama dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Disamping itu, turut dibincangkan juga pelaksanaan inisiatif hijau yang boleh digerakkan bersama demi kelestarian alam sekitar. Pihak JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Nestle Manufacturing (M) Sdn Bhd di atas taklimat dan lawatan ke kawasan production kilang. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkasakan demi memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara untuk generasi akan datang.