Penerangan
17 November 2025, Port Dickson - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah menyertai aktiviti menanam pokok bakau yang dianjurkan oleh EDRA Power Holding Sdn Bhd. Aktiviti ini dilaksanakan bagi melancarkan fasa kedua inisiatif pemulihan hutan paya bakau di Stesen Janakuasa Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai usaha pemuliharaan alam sekitar. Fasa terbaru ini telah merekodkan sebanyak 1,000 anak pokok bakau dan penubuhan tapak semaian khas yang menampilkan dua spesies utama iaitu Sonneratia dan Avicennia.