PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel

BENGKEL SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS)

nursyadah 25/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS)
Tahun
2025
Diskripsi
11 November 2025, Selasa - Bengkel Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said pada 11 November 2025 dengan penyertaan para guru daripada sekolah di dalam daerah Negeri Sembilan yang melibatkan kategori rendah dan menengah. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh kepada para guru mengenai konsep, objektif dan kriteria penilaian SLAAS. Selain itu, bengkel ini turut menyediakan sesi pendaftaran langsung melalui sistem mySLAAS bagi memastikan pihak sekolah dapat mengemukakan permohonan dan maklumat berkaitan secara tepat dan teratur. Guru-guru dibimbing langkah demi langkah dalam proses pendaftaran, termasuk pengisian maklumat program, evidens sokongan serta komponen penilaian yang diperlukan. Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memperkasakan sekolah dalam melaksanakan inisiatif kelestarian secara lebih sistematik, sekali gus meningkatkan penyertaan dan pencapaian mereka dalam Anugerah Alam Sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan