Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- ?? Sesi Pembentangan Latihan Industri di Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan ??
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- UNIT PEMBANGUNAN JAS WP LABUAN
- Lokasi
- JAS WP LABUAN
- Diskripsi
- Pada 7 November 2025, Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan telah mengadakan sesi pembentangan Latihan Industri oleh tiga pelajar daripada Politeknik, MAIWP dan NBUC. Sesi berlangsung di bilik mesyuarat dengan kehadiran Pengarah bersama semua pegawai JAS yang turut menyaksikan pembentangan.
Setiap pelajar berkongsi pengalaman dan tugasan mereka sepanjang tempoh latihan industri. Di hujung pembentangan, mereka turut menayangkan video ringkas sebagai rumusan aktiviti dan pembelajaran mereka.
Inisiatif ini memberi peluang kepada pelajar berkongsi pengalaman praktikal mereka serta mengukuhkan hubungan kerjasama antara jabatan dan institusi pengajian. ??
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menyokong. Semoga sesi ini menjadi langkah positif ke arah memperkasa pengalaman pembelajaran pelajar dalam bidang alam sekitar. ??