Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENDAFTARAN & PEMERIKSAAN PREMIS OLEH JABATAN ALAM SEKITAR W.P. LABUAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS WP LABUAN
- Lokasi
- ASIAN SUPPLY BASE, LABUAN
- Diskripsi
- 20 November 2025, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan satu lawatan ke sebuah premis industri bagi tujuan pendaftaran dan pemeriksaan awal premis.
Lawatan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti sama ada aktiviti premis tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya, serta bagi melengkapkan maklumat premis ke dalam sistem MyPremis.
Sepanjang lawatan dijalankan, pihak premis telah memberikan kerjasama yang baik, dan semakan terhadap operasi premis serta dokumentasi berkaitan telah dijalankan. Hasil pemerhatian awal mendapati tiada isu kritikal dikenalpasti.
Maklumat yang direkodkan akan digunakan untuk tindakan pemantauan dan susulan oleh pihak jabatan. JASWPL komited dalam memastikan setiap premis yang beroperasi mematuhi kehendak perundangan alam sekitar dan bersama-sama memelihara alam sekitar di Wilayah Persekutuan Labuan.