Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN AWAM OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN DI KAMPUNG KERUPANG
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS WP LABUAN
- Lokasi
- KG KERUPANG
- Diskripsi
- 1 November 2025, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan siasatan ke atas aduan awam berhubung aktiviti pembuangan buangan secara haram di kawasan perumahan Kampung Kerupang.
Hasil siasatan mendapati aduan tersebut adalah berasas. Individu yang terlibat telah dikenalpasti dan diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan serta pengurusan buangan yang telah dibuang di kawasan terbabit. Tindakan penguatkuasaan selanjutnya akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap arahan yang dikeluarkan.
JASWPL ingin menyeru kerjasama masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar. Aduan boleh dikemukakan melalui panggilan telefon, e-mel, atau terus ke pejabat JASWPL. Setiap maklumat yang disalurkan amat penting bagi membantu usaha pemeliharaan alam sekitar di Wilayah Persekutuan Labuan.