Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025
- Diskripsi
- 1 November 2025, Port Dickson - Kerajaan Negeri Sembilan telah menganjurkan satu program iaitu Hari Kelestarian Alam Negeri Sembilan (HKANS) Tahun 2025 yang merupakan sebuah program kerjasama strategik antara pelbagai Jabatan/Agensi/pihak swasta di Negeri Sembilan dalam meraikan pelbagai sambutan berkaitan kelestarian alam iaitu Hari Alam Sekitar Negara, Hari Bumi, Hari Ozon Sedunia, Hari Hutan Antarabangsa, Hari Biodiversiti Negara, Hari Sungai Sedunia, Hari Menanam Pokok Sedunia, Hari Cuci Malaysia, Hari Hidupan Liar Sedunia dan World Ranger Day. Lebih kurang 2000 warga Port Dickson membanjiri perkarangan Pantai Batu 1, PD, bagi memeriahkan sambutan yang turut mempamerkan 2 ekor gajah, aktiviti jualan Rahmah, Diskaun bayaran saman PDRM, pameran reruai dari agensi-agensi kerajaan dan lain - lain. Semoga sambutan HKANS ini menjadi satu wadah kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga alam sekeliling demi kehidupan manusia.