Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA OSH MEGA DAY ANJURAN MALAYSIA AIRPORT
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- MALAYSIA AIRPORT LABUAN
- Lokasi
- AIRPORT LABUAN
- Diskripsi
- 30 Oktober 2025, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah dijemput untuk mengadakan pameran kepentingan alam sekitar sempena Program OSH Mega Day anjuran Malaysia Airports.
Pameran ini memberi peluang kepada warga kerja dan pengunjung yang hadir untuk mendapatkan maklumat berkaitan larangan pembakaran terbuka, informasi awam berkenaan peranan dan fungsi JAS, serta pelbagai isu semasa berkaitan pemeliharaan alam sekitar. Reruai JAS turut menyediakan permainan interaktif dan kuiz kesedaran alam sekitar bagi menarik minat serta memberi pendidikan secara santai kepada para pengunjung.
JASWPL merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Malaysia Airports atas jemputan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini memberi impak positif dan menyemarakkan lagi kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan warga kerja dan masyarakat setempat.