PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

LAWATAN TAPAK KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PEMBINAAN JAMBATAN LABUAN-SABAH ANJURAN KEMENTERIAN KERJA RAYA & MTTRANSPORT CONSULT SDN BHD

mansah 20/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PEMBINAAN JAMBATAN LABUAN-SABAH ANJURAN KEMENTERIAN KERJA RAYA & MTTRANSPORT CONSULT SDN BHD
Tahun
2025
Organisasi
KEMENTERIAN KERJA RAYA & MTTRANSPORT CONSULT SDN BHD
Lokasi
MENUMBOK, SABAH & WP LABUAN
Diskripsi
18 November 2025, WP Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menghadiri sesi Lawatan Tapak Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Jambatan Labuan–Sabah yang dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dengan kerjasama MTTransport Consult Sdn Bhd selaku perunding kajian. Lawatan ini melibatkan penyertaan daripada 29 agensi teknikal dan berkepentingan, dengan sebanyak 14 lokasi strategik di sekitar Labuan & Menumbok, Sabah dilawati dalam sesi yang diadakan pada 18 November 2025. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau potensi tapak-tapak yang telah dikenal pasti sebagai lokasi pembinaan atau laluan cadangan jambatan yang menghubungkan Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri Sabah. Lawatan ini turut memberi peluang kepada agensi yang terlibat untuk menilai secara langsung aspek teknikal, alam sekitar, sosial dan logistik yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur mega ini. JASWPL memberikan komitmen penuh dalam memastikan sebarang pembangunan yang dirancang mengambil kira aspek perlindungan alam sekitar, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jabatan ini juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan semua agensi yang turut serta atas kerjasama dan keprihatinan terhadap pemeliharaan alam sekitar dalam perancangan projek ini.