Penerangan
12 Nov 2025- SK Bebuloh WP Labuan telah menganjurkan Karnival Lestari Hijau yang mengandungi aktiviti Ceramah, Pameran JAS, Pertandingan Kitar Semula, Pengumpulan tin dan minyak masak terpakai. Karnival ini telah dirasmikan oleh Tuan Mejar Bersekutu (PA) Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K, Pengarah Jabatan Alam Sekitar WP Labuan.
Penganjuran karnival ini telah membuka minda dan kesedaran warga SK Bebuloh, WP Labuan serta menunjukkan keprihatinan para pelajar terhadap kelestarian alam sekitar.
JASWPL ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Bebuloh WP Labuan dan ibu bapa yang memberikan dorongan dan galakan kepada para pelajar untuk menyertai aktiviti ini. Adalah diharapkan aktiviti dalam karnival ini menjadi inspirasi untuk generasi akan datang.