PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu Bersama JPJ, PDRM (Bahagian Trafik) & JAS WP Labuan

mansah 20/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu Bersama JPJ, PDRM (Bahagian Trafik) & JAS WP Labuan
Tahun
2025
Organisasi
PDRM WP LABUAN
Lokasi
IPD WP LABUAN

Penerangan

19 November 2025, WP Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan Operasi Bersepadu bersama agensi penguatkuasaan berkaitan bunyi bising kenderaan pada 17 hingga 19 November 2025. Operasi ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Bahagian Trafik, dan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 13 anggota penguatkuasa terlibat dalam operasi bersepadu ini. Sebanyak 28 kenderaan telah diperiksa, di mana sebanyak 21 Notis Arahan dikeluarkan dan tindakan akan diambil untuk membuka Kertas Siasatan berkenaan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, yang seterusnya dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut. JASWPL ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua agensi yang telah terlibat dalam menjayakan operasi bersepadu ini. JASWPL dan agensi yang terlibat akan terus komited dalam memastikan kelestarian alam sekitar di Wilayah Persekutuan Labuan sentiasa terpelihara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan