Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN BUNYI BISING MOTOSIKAL BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, POLIS DIRAJA MALAYSIA (BAHAGIAN TRAFIK) DAN JABATAN ALAM SEKITAR W.P. LABUAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- PDRM WP LABUAN
- Lokasi
- IPD WP LABUAN
- Diskripsi
- 17 November 2025 (Isnin), WP Labuan – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Labuan telah melaksanakan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Bunyi Bising Motosikal di perkarangan Balai Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan. Operasi ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (Bahagian Trafik) sebagai langkah mempertingkat pematuhan terhadap peraturan-peraturan berkaitan tahap bunyi kenderaan bermotor.
Operasi ini melibatkan seramai 14 anggota penguatkuasa, terdiri daripada lapan pegawai JAS, tiga pegawai JPJ dan tiga pegawai Polis Trafik. Sepanjang operasi berlangsung, sejumlah 12 buah motosikal telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati dua buah motosikal mematuhi piawaian bunyi yang telah ditetapkan, manakala sepuluh buah motosikal didapati tidak mematuhi had bunyi yang dibenarkan dan telah dikenakan Notis Arahan untuk tindakan susulan.
Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan operasi ini. Pelaksanaan operasi secara bersepadu ini adalah penting bagi memastikan kawal selia pencemaran bunyi dapat dilaksanakan secara berkesan, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti persekitaran dan kesejahteraan masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan.