Penerangan
Ahad, 16 November 2025 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2025 dengan tema Santai Lestari, yang mengetengahkan elemen riadah, pendidikan dan kesedaran alam sekitar dalam suasana santai dan mesra.
Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hajah Zuraini Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JAS WPKL, dengan melibatkan kerjasama daripada 17 rakan strategik yang merangkumi pelbagai sektor.
Lebih 1,000 pengunjung hadir menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Senamrobik Zafina, Persembahan “Green Stage” oleh SK Desa Pandan, Demo Masakan bersama Ajinomoto, Pertandingan Green Explorace, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Bengkel seni halus, Puppet Show & reruai pameran, Cabutan bertuah & banyak lagi!
Terima kasih kepada semua rakan strategik, peserta dan pengunjung yang telah menjayakan sambutan kali ini. Semoga usaha kita bersama terus memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.
#NRES
#HASN2025
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama
#HariAlamSekitarNegara2025