Oleh nursyuhada · 20/11/2025 · 0 paparan
17 NOVEMBER 2025, MELAKA – Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat negeri Melaka bagi tahun 2025 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama rakan strategik telah berjaya diadakan pada 15 November 2025 (Sabtu) bertempat di Dataran Orang Kampung Merlimau Melaka. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Haji Mohd Zin, Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka. Selain itu, antara aktiviti yang akan dilaksanakan semasa program adalah pengumpulan sisa secara pandu lalu, HASN RUN #2025, KUDAH, taklimat kesedaran, pertandingan mewarna, cabutan bertuah, sukan rakyat, Program Jualan Rahmah Madani, pameran interaktif, pendaftaran ahli rakan alam sekitar dan banyak lagi. Berat sisa yang berjaya dikumpul bagi sisa elektrik & elektronik (household e-waste) adalah sebanyak (188 kg), minyak masak terpakai (1,404 kg) dan sisa 3R (313.5 kg) yang berkonsepkan pandu lalu. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dengan sambutan HASN 2025. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup