PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL PEMERKASAAN BACAAN MURID LESTARI ALAM SEKITAR DI SK PATAU PATAU W.P. LABUAN

mansah 20/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL PEMERKASAAN BACAAN MURID LESTARI ALAM SEKITAR DI SK PATAU PATAU W.P. LABUAN
Tahun
2025
Organisasi
SK PATAU-PATAU LABUAN
Lokasi
SK PATAU-PATAU LABUAN

Penerangan

10 November 2025 (Isnin), telah berlangsung Majlis Perasmian Karnival Pemerkasaan Bacaan Murid Lestari Alam Sekitar yang dianjurkan bersama oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Patau-Patau dan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL). Program ini merupakan salah satu inisiatif pendidikan berteraskan pembangunan literasi alam sekitar yang bertujuan menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid serta memupuk nilai kelestarian alam sekitar sejak di bangku sekolah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mejar Bersekutu (PA) Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam karnival ini, aktiviti ceramah dan kuiz alam sekitar telah diadakan. Program ini melibatkan penyertaan aktif daripada murid-murid dan guru-guru SK Patau-Patau, dengan sokongan serta kehadiran wakil daripada JASWPL. Karnival ini berjaya meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan menjaga alam sekitar melalui pendekatan literasi yang menyeronokkan serta memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan jabatan dalam menyokong Agenda Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Patau-Patau, JASWPL, para guru serta semua murid atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan karnival ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh kesedaran dan minat membaca berteraskan kelestarian alam sekitar dalam kalangan generasi muda pada masa hadapan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan