PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

KURSUS PENGENALAN DRON DJI MATRICE 400 di JAS PULAU PINANG

hashikin 20/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS PENGENALAN DRON DJI MATRICE 400 di JAS PULAU PINANG
Tahun
2025
Organisasi
Sky-Shine Corporation (M) Sdn. Bhd.
Lokasi
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG

Penerangan

KURSUS PENGENALAN DRON DJI MATRICE 400 di JAS PULAU PINANG KEPALA BATAS- Pada 13–14 November 2025, telah berlangsung Kursus Pengenalan Dron DJI Matrice 400 iaitu di bawah Projek Program Pencegahan dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Serta Kawasan Lain Berisiko Kebakaran untuk Mengatasi Jerebu Pulau Pinang melibatkan seramai 10 orang juruterbang dron dari JAS Pulau Pinang. Kursus ini adalah bagi meningkatkan keupayaan program pencegahan pencemaran ,pemantauan dan penguatkuasaan Jabatan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Pengarah JAS Pulau Pinang, En. Badlishah Ahmad. Taklimat Dan Hands On Kursus ini disampaikan Sky-Shine Corporation (M) Sdn. Bhd. Sesi latihan merangkumi: ?? Latihan teori dan praktikal penggunaan DJI Matrice 400 ?? Pembelajaran serta pengoperasian payload Zenmuse S1, Zenmuse L2 dan Zenmuse H30T ?? Pengenalan kepada fungsi, aplikasi serta keupayaan setiap payload dalam operasi pemantauan Program ini juga disertai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) SPU, yang diwakili oleh LT. (PA) Hasli bin Hashim dan LT. (PA) Wan Syaiful bin Wan Hosen. Ini adalah Salah satu program di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara jabatan bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan alam sekitar dan pencegahan pencemaran di Malaysia. Jutaan terima kasih diucapkan kepada APM SPU atas kesudian menyediakan lokasi latihan praktikal di APM Kepala Batas, sekali gus memastikan sesi latihan berjalan lancar dan selamat. Semoga kerjasama ini dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala antara JAS Pulau Pinang dan APM, serta memperkukuhkan usaha pemantauan alam sekitar negeri Pulau Pinang. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JAS Pulau Pinang, En. Azman Shah bin Ismail. #NRES #jaspulaupinang #jasppnov2025 #alamsekitartanggungjawabbersama #DronDJIMatrice400 #APM #APMKepalaBatas #TeknologiDron #ZenmuseS1 #ZenmuseL2 #ZenmuseH30T #LatihanJAS

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan