PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PAMERAN PROGRAM KENDURI RAKYAT KAMPUNG ANGKAT MADANI, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP.

hakim.hozali 20/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN PROGRAM KENDURI RAKYAT KAMPUNG ANGKAT MADANI, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP.
Tahun
2025
Organisasi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Lokasi
Dewan Serbaguna Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Kenduri Rakyat Kampung Angkat Madani di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Program tersebut telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan. Perasmian program telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Seri Mohd Sayuthi Bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Program telah dimeriahkan oleh pengunjung dan penduduk setempat yang hadir menjayakan program kenduri rakyat tersebut. Ketua Setiausaha KPDN turut bersama-sama di bawa ke reruai pameran JAS. Beberapa contoh bahan buangan terjadual dipamerkan untuk menarik minat golongan muda dan komuniti setempat untuk berkunjung ke ruang pameran JAS. Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat khususnya di negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan hasrat kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Lestari Bersama".

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan