Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah dijemput untuk menjayakan aktiviti Envirorace Alam Sekitar sempena Program Kem Lestari Generasi Madani (Sekolah Menengah) Peringkat Daerah Raub yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Raub.
Seramai 100 orang pelajar daripada 12 buah Sekolah Menengah sekitar Daerah Raub telah menyertai program ini yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui aktiviti berpasukan yang interaktif dan berunsur pendidikan.
Pelbagai tugasan menarik berasaskan tema kelestarian alam sekitar telah dijalankan, termasuk Kuiz Hijau, aktiviti kitar semula, dan permainan minda. Aktiviti ini bukan sahaja menguji ketangkasan dan pengetahuan peserta, malah memperkukuh semangat kerjasama dan komunikasi dalam kalangan pelajar.