PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat,Pengurusan JAS

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 5/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG

Azrulsafrizal 20/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 5/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang
Lokasi
Bilik Mesyuarat Anggerik, Pejabat Alam Sekitar Negeri Pahang

Penerangan

Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu Alam Gemilang. Turut dilafazkan Ikrar Perkhidmatan Awam oleh semua pegawai dan kakitangan sebagai tanda tekad untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, dedikasi dan menjaga nama baik perkhidmatan awam. Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Pengarah JAS Negeri Pahang, YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad@Mohd. Beliau menekankan kepentingan kerjasama berpasukan, budaya kerja berintegriti serta kepekaan terhadap isu-isu semasa berkaitan alam sekitar. Selain itu, turut diadakan taklimat khas daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang memberi penerangan mengenai pelbagai skim kebajikan dan kemudahan kewangan yang ditawarkan kepada penjawat awam. Seterusnya, wakil daripada Perbadanan Perumahan Awam Malaysia (PPAM) turut menyampaikan taklimat berkenaan peluang dan inisiatif perumahan mampu milik bagi penjawat awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan