Penerangan
Program Pantai Lestari @ Tanjung Harapan 2025 dimeriahkan dengan kehadiran peserta dari pelbagai agensi dan syarikat di sekitar daerah Klang seperti LUAS, JAKOA, PKNS, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Fujifilm (Malaysia) Sdn. Bhd, Power Star Freight Sdn. Bhd, FM Global Sdn. bhd dan KRT serta Persatuan Penduduk Bandar Sultan Suleiman.
Aktiviti yang diadakan bertujuan memupuk rasa tanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar antaranya aktiviti gotong royong pesisiran pantai disamping aktiviti sampingan berkonsepkan aktiviti riadah yang lain.
Program dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Zary Affendi Mohd Arif, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang.