PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) NEGERI SELANGOR

normuhamad 20/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) NEGERI SELANGOR
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SHAH ALAM

Penerangan

13 November 2025, Shah Alam – YBhg. Dato’ Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor di Pejabat JAS Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor. Sesi kunjungan hormat telah membincangkan kerjasama strategik dalam menangani kes-kes berkaitan pencemaran udara, pembakaran terbuka dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kepada Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perbadanan) 2025 yang telah dikuatkuasakan pada 8 Julai 2025. Semoga kerjasama dan perwakilan kuasa ini dapat memperkukuhkan tindakan jabatan dalam membendung daripada berlakunya sebarang insiden pencemaran alam sekitar khususnya udara dan jerebu.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan