PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DI ELMINA LAKESIDE MALL

normuhamad 13/11/2025 7 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DI ELMINA LAKESIDE MALL
Tahun
2025
Organisasi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Lokasi
ELMINA LAKESIDE MALL

Penerangan

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar telah menganjurkan Karnival Alam Sekitar Negeri Selangor 2025 di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam. Karnival ini diadakan bagi memperkukuh kesedaran awam tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta mempromosikan amalan gaya hidup lestari dalam kalangan masyarakat Selangor. Program ini juga merupakan kesinambungan daripada tiga siri Kempen Bebas Plastik, yang menjadi simbol komitmen negeri dalam mencapai matlamat sifar plastik sekali guna menjelang 2030. Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Fun Run 3 kilometer, pameran interaktif, Recycle Exchange dan sesi pendidikan alam sekitar, karnival ini berjaya menggabungkan keseronokan dan pembelajaran dalam memupuk rasa tanggungjawab terhadap bumi kita. Terima kasih kepada semua agensi kerajaan, NGO, sektor swasta dan sukarelawan yang turut serta menjayakan program ini. Semoga usaha berterusan ini terus menyemai semangat cinta alam dan membawa Selangor ke arah negeri hijau yang mampan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan