PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN KUMBAHAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

normuhamad 20/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN KUMBAHAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SHAH ALAM, SELANGOR

Penerangan

11 November 2025, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kumbahan peringkat Negeri Selangor bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium (IWK). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah, JAS Negeri Selangor dan turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pematuhan loji rawatan kumbahan terhadap Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan halatuju pengurusan kumbahan di Negeri Selangor. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada isu teknikal, pemantauan projek menaiktaraf loji di bawah River of Life (ROL) dan tindakan penguatkuasaan. Semoga komitmen dan kerjasama semua agensi berkepentingan dapat dipertingkatkan dalam memastikan pengurusan kumbahan yang lebih berkesan dan teratur bagi pemeliharaan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan