PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BIL. 6/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

nasir.ibrahim 20/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BIL. 6/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
PASIR GUDANG

Penerangan

OKTOBER 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Lembangan Bil. 5/2025 bagi kawasan seliaan Cawangan Pasir Gudang bagi premis yang beroperasi di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat. Ops Gempur ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009. Selain itu, pematuhan kepada PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 juga diperiksa. Sebanyak 13 buah premis disyorkan tawaran sebanyak 57 kompaun bagi pelbagai kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan 19 premis dikenakan tindakan Notis Arahan dibawah Seksyen 31 dan 37, AKAS 1974. Tiga (3) buah premis telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), AKAS 1974 di atas kesalahan serius yang dilakukan oleh premis tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan