Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SEMINAR PEMATUHAN INDUSTRI PYBDT: KELESTARIAN, KAWALAN KENDIRI DAN DIGITALISASI (eSWIS V2)
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- KLANG, SELANGOR
- Diskripsi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (KESAS) telah mengadakan Seminar Pematuhan Industri PYBDT: Kelestarian, Kawalan Kendiri dan Digitalisasi Electronic Scheduled Waste Information System (E-SWIS V2) pada 23 dan 24 September 2025 bertempat di Hotel Wyndham Acmar, Selangor.
Seminar telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah, JAS Negeri Selangor dan turut diiiringi oleh pegawai-pegawai kanan JAS Negeri Selangor.
Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, latihan dan mempertingkatkan kemahiran pihak industri mengenai aplikasi eSWIS V2. Seminar ini telah dihadiri oleh 310 orang peserta dari kalangan Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT).
Semoga dengan pelaksanaan seminar ini dapat meningkatkan pematuhan industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya serta meningkatkan kadar penggunaan dan pendaftaran premis dalam aplikasi eSWIS V2.