PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM THE E-WASTE SWITCH: FROM POLLUTION TO SOLUTION SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2025 ANJURAN RAKAN STRATEGIK ALAM SEKITAR (RSAS) DAN RAKAN ALAM SEKITAR (RAS)

normuhamad 12/11/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM THE E-WASTE SWITCH: FROM POLLUTION TO SOLUTION SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2025 ANJURAN RAKAN STRATEGIK ALAM SEKITAR (RSAS) DAN RAKAN ALAM SEKITAR (RAS)
Tahun
2025
Organisasi
RAKAN STRATEGIK ALAM SEKITAR DAN RAKAN ALAM SEKITAR
Lokasi
GOMBAK

Penerangan

11 Oktober 2025, Gombak – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput untuk menyertai program The E-Waste Switch: From Pollution to Sollution yang dianjurkan oleh Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communication Construction (East Coast Rail Link) bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Negeri Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah, JAS Negeri Selangor. Seramai 200 peserta yang merangkumi kakitangan daripada JAS Negeri Selangor, Malaysia Rail Link (MRL), China Communication Construction (East Coast Rail Link), Universiti Islam Antarabangsa dan komuniti penduduk di kawasan Taman Harmonis Gombak telah menyertai program ini. Program telah diisi dengan pelbagai pengisian menarik seperti e-waste enviro hunt, ceramah kesedaran alam sekitar, pertandingan mewarna, program pengumpulan e-waste dan booth kesedaran alam sekitar. Semoga program seumpama ini dapat menyuntik semangat pihak industri, swasta, korporat, komuniti, institusi pendidikan dan masyarakat setempat untuk tampil ke hadapan bagi menjalankan program-program kesedaran dalam usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar yang kita diami. Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan