Penerangan
11 Oktober 2025, Gombak – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima jemputan daripada Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communication Construction (East Coast Rail Link) bagi menyampaikan ceramah berkaitan pengurusan e-waste sempena Program The E-Waste Switch: From Pollution to Solution. Program tersebut telah diadakan di Taman Harmonis, Gombak, Selangor.
Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Nur Aliaa Bt Shafie, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan, JAS Negeri Selangor. Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JAS Negeri Selangor, MRL, CCC(ECRL) dan penduduk Taman Harmonis Sentosa Gombak telah menyertai program tersebut. Turut diadakan program pengumpulan e-waste bagi memudahcara penduduk setempat berkaitan kaedah pengurusan e-waste yang betul.
Semoga perkongsian dan program pengumpulan e-waste tersebut dapat meningkatkan kesedaran dan memupuk pembudayaan amalan kitar semula e-waste secara mesra alam di negeri Selangor.