PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

hashikin 12/11/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Tahun
2025
Organisasi
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG
Lokasi
KAMPONG AGONG PENAGA PULAU PINANG

Penerangan

MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 8 NOVEMBER 2025, PENAGA : Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang berkonsepkan suasana kampung yang menggabungkan elemen tradisional, menampilkan kehangatan nostalgia dan warisan alam sekitar telah diadakan di Kampung Agong, Penaga, Pulau Pinang. Majlis ini adalah anjuran JAS Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat EXCO Perumahan dan Alam Sekitar, TNB Pulau Pinang, KD Sri Pinang PSS TLDM dan beberapa rakan strategik yang lain. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Sundarajoo Somu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang yang turut merasmikan majlis ini. Turut hadir sama adalah Encik Wan Ishak bin Soed, General Manager TNB Pulau Pinang, Encik Rosli bin Ashaari, MD TNB Perai Sdn. Bhd., Encik Muhammad Azizun bin Jaafar, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan para tetamu dari rakan strategik JAS Pulau Pinang. Majlis sambutan ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan mesej tentang pemeliharaan alam sekitar kepada masyarakat disamping menghargai kerjasama dari semua pihak samada dari agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta mahupun institusi pendidikan yang telah bersama-sama dengan JAS Pulau Pinang dalam menganjurkan pelbagai program kesedaran alam sekitar sepanjang tahun 2025. Sebanyak 25 agensi kerajaan dan swasta telah menerima penghargaan dalam majlis ini. MSM Prai Berhad, KD Sri Pinang PSS TLDM, UiTMCPP Kampus Bertam dan Bigwise Resources Sdn. Bhd. turut menerima penghargaan sebagai Rakan Strategik Konsisten dan TNB Pulau Pinang sebagai Rakan Strategik Inisiatif Kreatif pada majlis ini. Pelbagai aktiviti alam sekitar turut diadakan iaitu Envirogames Ala Kampung, Pertandingan Mewarna Buah Kelapa Kanak- Kanak, Kuiz Alam Sekitar dan Pertandingan Video Tiktok Alam Sekitar. Pemenang- pemenang Pertandingan Sajak Secara Maya Sekolah Rendah dan Pertandingan Doodle Art berkonsepkan larangan pembakaran terbuka turut disampaikan dalam majlis yang sama. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional dari SMK Permatang Pasir dan sajak oleh juara dari SK Jawi. Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang turut merakamkam ucapan terima kasih kepada semua rakan kerjasama yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan pada kali ini. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan pemenang pertandingan. Semoga kerjasama dan sokongan dari semua pihak terus terjalin dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara di bumi bertuah ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #hasn2025 #jasppnov2025 #alamsekitartanggungjawabbersama